PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
Perkembangan teknologi banyak mempengaruhi kehidupan masyarakat terutamanya rakyat Malaysia. Pelbagai aspek teknologi digabungkan untuk memupuk minat rakyat Malaysia amnya dan para pelajar khususnya bagi melahirkan rakyat Malaysia celik ICT.
Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran penting pada masa kini untuk menjayakan wawasan 2020 untuk menjadikan rakyat Malaysia berpengetahuan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.
Keberkesanan penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada para guru dan pelajar tersebut dalam mengaplikasikan bahan yang telah disediakan oleh kerajaan. Dalam proses P&P para guru dianggap sebagai fasilitator dalam kelas dan pelajar yang akan mengetahui perbincangan tersebut.
Penggunaan komputer dapat memudahkan pelajar dan guru dalam mencari carian maklumat serta pelajar akan menjadi kreatif untuk membincangkan sesuatu isu akan yang dibincangkan dalam kelas.
Pada pendapat anda, adakah sesuai jika penggunaan komputer dijalankan di setiap sekolah, IPTA dan IPTS? Apakah kekangan-kekangan(masalah) yang mungkin timbul untuk menjalankan kaedah ini? Apakah kesan yang mungkin akan berlaku?
penggunaan komputer hendaklah menyeluruh di setiap sekolah, ipta dan ipts kerana seiring dengan dunia yang membangun sekarang. namun terdapat kekangan untuk menjalankan kaedah ini kerana harga pasaran bagi komputer masih dikira ditahap yang mahal dan pengguna yang mampu boleh menggunakannya. kesan ke atas kekangan harga ini menyebabkan para pelajar tidak dapat mengikut arus teknologi masa kini seiring pelajar yang mampu memilikinya
ReplyDeletepada pendapat saya, penggunaan komputer hendaklah meluas di setiap sekolah, ipta dan ipts kerana ini dapat membantu memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Dengan teknologi komputer, dunia ibarat du hujung jari, ilmu dengan mudah dapat dikongsi saru dunia.
ReplyDeleteNamun, terdapat beberapa masalah yang mungkin timbul seperti penjenayah komputer dan sebagainya. Langkah ini dapat diatasi jika kawalan diberikan kepada pengguanan komputer. Misalnya menggubal akta penggunaan kompurter, memantau kanak-kanak kecil bermain komputer dan sebagainya.
pada pandangan saya, masalah kewangan akan menjadi sedikit pengahalang untuk merealisasikan penggunaan komputer di semua institut pendidikan. kerajaan perlu mengambil sedikit masa untuk menyediakan peruntukan bagi menjadikan perkara ini sebuah realiti.
ReplyDeleteSelain itu, guru-guru juga perlu dilengkapkan dengan kemahiran menggunakan komputer. Hal ini akan memerlukan komitmen dari semua warga pendidik untuk mendalami ilmu ICT ini. Secara tidak langsung, ini akan menambah beban warga pendidik. Namun, saya percaya, Pendidik yang berjaya adalah mereka yang sanggup berkorban untuk memartabatkan sistem pendidikan negara....
penggunaan komputer perlu diselaraskan setiap sekolah2. ini kerana,kita mahu melahirkan generasi yang celik IT.tapi pada masa yang sama,penggunaan oleh pelajar haruslah dipantau supaya salah laku penggunaan tidak berlaku.
ReplyDeletepenggunaan komputer di dalam kelas oleh setiap pelajar adalah tidak relevan kerana kita tahu, pelajar akan cenderung untuk membuka perisian-perisian yang lain daripada yg disuruh oleh cikgu. walau bagaimanapun, penggunaan komputer dan projektor oleh guru sahaja sangat berkesan dalam pembelajaran. hal ini adalah kerana, peranan komputer sangat penting dalam tujuan meningkatkan lagi pemahaman sesuatu pelajaran itu lebih-lebih lagi subjek yang memerlukan daya imaginasi yg tinggi seperti sains.
ReplyDeletebagi pelajar IPT pula, komputer/laptop merupakan satu keperluan kerana kebanyakan tugasan dan nota disediakan di dalam sesuatu laman web. oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak atasan IPT berkenaan untuk menyediakan internet bg memudahkan para pelajar utk memaksimakan tahap pelajaran tanpa batasan.....tetapi, soal komputer atau laptop tue perlulah pelajar tersebut sediakan sendiri....
kesimpulannya, saya tidak bersetuju sekiranya pelajar sekolah diberikan kemudahan komputer setiap satu di sekolah semasa pembelajaran berlangsung kerana komputer tersebut akan mencuri tumpuan pelajar sekolah berkenaan. tetapi, komputer/laptop perlulah ada bg setiap pelajar IPT bg menggalakkan pembelajaran kendiri mereka~
pada pendapat saya, penggunaan komputer di semua institusi sememangnya baik dan bagus dan ianya sudahpun dalam kegunaan dan masalah yang dihadapi sekarang ialah penggunaan software terkini yang melibatkan kos yang tinggi.
ReplyDeletepada pendapat saya, penggunaan komputer di sekolah, ITPA mahupun IPTS adalah wajar dan sememangnya bagus untuk memudahkan lagi para pelajar untuk mendapat akses dan maklumat terhadap apa yang diajar terhadap mereka. Namun begitu, satu sistem perlu diwujudkan untuk memantau tahap penggunaan komputer tersebut agar pelajar tidak salah menggunakan kemudahan yang diberikan terhadap mereka. Selain itu, bajet yang diperuntukkan sama ada daripada pihak kerajaan atau juga daripada individu mestilah mencukupi untuk menampung peralatan yang bakal dibeli dan digunakan. Jika bajet yang kecil diperoleh, maka terdapat kekangan untuk mengaplikasikan dengan jayanya kemudahan komputer di mana-mana pun institusi pendidikan. Setelah penggunaan kemudahan komputer ini terlaksana, kesan positif yang dapat dilihat adalah pelajar akan lebih celik IT dan cakna terhadap perkembangan semasa, tidak hanya tertakluk kepada perkembangan kemudahan teknologi sahaja. Maklumat dihujung jari dan mudah diperoleh, maka kemudahan ini banyak memberi menafaat jika digunakan dengan tujuan yang betul.
ReplyDelete